TERMA PENGGUNAAN CORNERSTONE ONDEMAND
(Dikemas kini terakhir pada 10 Mac 2020)
Cornerstone OnDemand, Inc., bersama subsidiari milik mereka sepenuhnya (secara kolektif “Cornerstone”, “kami” atau “kita”), telah mencipta, memiliki dan mengendalikan berbilang laman web. Terma ini (“Terma Penggunaan”) menentukan akses dan penggunaan laman web, perkhidmatan, perisian dan aplikasi Cornerstone yang disediakan di dalam talian dan/atau tersedia di luar talian melalui komputer peribadi atau peranti mudah alih (secara kolektif, “Perkhidmatan”). Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Penggunaan ini, kecuali anda atau organisasi anda memetrai perjanjian bertulis yang berasingan dengan kami, oleh itu terma dan syarat tersebut akan mendahului Terma Penggunaan ini. Terma Penggunaan ini digabungkan sebagai rujukan kepada Dasar Privasi Cornerstone.
Cornerstone boleh mengubah suai Terma Penggunaan ini pada bila-bila masa, dan pengubahsuaian tersebut akan berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan di dalam Terma Penggunaan yang dipinda. Meneruskan Perkhidmatan ini selepas sebarang pindaan pada Terma Penggunaan ini akan menandakan persetujuan anda dan penerimaan terhadap terma yang disemak semula. Jika anda tidak bersetuju dengan sebarang terma ini atau sebarang Terma Penggunaan lanjut, jangan gunakan atau mencapai (atau meneruskan capaian) Perkhidmatan tersebut.
1. PENERANGAN TENTANG PERKHIDMATAN
Perkidmatan membolehkan pengguna melakukan beberapa atau semua perkara berikut: melihat kandungan dalam talian (cth., dalam bentuk teks, imej, video, kilat); mengambil kelas/ujian dalam talian; menyambung dengan pengguna lain; menyertai perbincangan dalam talian; mencipta komuniti dalam talian berkenaan topik khusus; menjalankan semakan prestasi dan penetapan matlamat; menjalankan perancangan penggantian; mencipta dan/atau mentadbir kelas/ujian; menawarkan kelas/ujian untuk dijual, dan membeli barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cornerstone atau pihak ketiga (setiap “Pihak Ketiga”). Kecuali dinyatakan dengan jelas sebaliknya, sebarang ciri baru yang menambah atau meningkatkan Perkhidmatan akan tertakluk kepada Terma Penggunaan ini. Perkhidmatan tidak boleh digunakan bagi sebarang tujuan lain yang tidak dibenarkan secara jelas mengikut Terma Penggunaan ini. Anda tidak boleh mengeluarkan semula, menyalin, membuat pendua, menjual atau menjual semula mana-mana bahagian Perkhidmatan, melainkan setakat yang dibenarkan secara jelas mengikut Terma Penggunaan ini.
2. HAK PENGGUNAAN DAN AKSES
Dengan mempertimbangkan penggunaan Perkhidmatan ini, anda menggambarkan bahawa anda bukan orang yang disekat daripada menggunakan Perkhidmatan di bawah undang-undang dalam mana-mana bidang kuasa berkenaan. Anda juga bersetuju untuk: (a) memberikan maklumat yang tepat, semasa dan lengkap mengenai anda apabila digesa melalui sebarang borang pendaftaran pada Perkhidmatan (“Data Pendaftaran”); (b) mengekalkan sekuriti kata laluan dan pengenalan anda; (c) mengekalkan dan segera mengemas kini Data Pendaftaran dan sebarang maklumat lain yang anda berikan kepada Cornerstone untuk memastikan ia tepat, semasa dan lengkap; dan (d) bertanggungjawab terhadap semua penggunaan akaun anda dan sebarang tindakan yang berlaku menggunakan akaun anda. Jika anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, atau Cornerstone mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat sedemikian adalah tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, Cornerstone mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda dan menolak apa-apa dan semua penggunaan Perkhidmatan pada waktu ini atau akan datang.
Anda bertanggungjawab bagi semua aktiviti yang berlaku pada akaun anda dan akan mematuhi semua undang-undang tempatan, wilayah, persekutuan dan asing yang terpakai, perjanjian dan peraturan dalam hubungan dengan penggunaan Cornerstone oleh anda, termasuk tidak terbatas kepada, yang berkaitan dengan privasi data. Anda tidak sama sekali boleh menggunakan akaun pengguna lain tanpa kebenaran. Anda mesti segera memaklumkan kepada Cornerstone mengenai sebarang pelanggaran sekuriti atau penggunaan akaun anda yang tidak dibenarkan. Cornerstone tidak akan bertanggungjawab bagi kerugian anda yang disebabkan oleh sebarang penggunaan akaun anda yang tidak dibenarkan, tetapi anda akan bertanggungjawab bagi kerugian Cornerstone atau orang lain disebabkan penggunaan tidak dibenarkan tersebut. Semua nama pengguna dan kata laluan tetap menjadi hak milik Cornerstone dan boleh dibatalkan, diubah atau digantung pada bila-bila masa oleh Cornerstone tanpa notis. Cornerstone tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menentusahkan identiti atau autoriti sebenar pengguna bagi mana-mana nama pengguna atau kata laluan.
Dengan memberikan alamat e-mel Cornerstone anda, maka anda mengizinkan kami menggunakan alamat e-mel itu untuk menghantar kepada notis berkaitan Perkhidmatan, termasuk sebarang notis yang diperlukan oleh undang-undang, bagi menggantikan komunikasi mel pos. Kami juga boleh menggunakan alamat e-mel anda untuk menghantar kepada anda mesej lain, termasuk perubahan kepada ciri Perkhidmatan dan tawaran istimewa. Jika anda tidak mahu menerima mesej e-mel sedemikian, anda boleh memilih keluar dengan mengubah keutamaan dalam tetapan akaun anda. Memilih keluar boleh menghalang anda daripada menerima mesej e-mel mengenai kemas kini, penambahbaikan atau tawaran.
3. PEMILIKAN KANDUNGAN DAN LESEN TERHAD
Takrifan berikut diterapkan kepada bahan Perkhidmatan:
- “Kandungan” bermaksud apa-apa dan semua kandungan, termasuk, tidak terbatas kepada foto, profil, mesej, nota, teks, kursus, ujian, maklumat, muzik, video, iklan, senarai dan lain-lain kandungan yang muncul di serata Perkhidmatan pada bila-bila masa.
- “Pengguna Kandungan” bermaksud apa-apa dan semua Kandungan yang anda muat naik, terbitkan, tawarkan, paparkan (secara kolektif, “pos”) hantar, jual, kongsi, dan/atau sebaliknya tersedia pada dan/atau menerusi Perkhidmatan.
- “Kandungan Pihak Ketiga” bermaksud apa-apa dan semua Kandungan yang Pihak Ketiga pos, hantar, jual, kongsi dan/atau sebaliknya tersedia pada dan/atau menerusi Perkhidmatan.
- “Kandungan Laman” bermaksud apa-apa dan semua Kandungan yang bukan Kandungan Pengguna mahupun Kandungan Pihak Ketiga.
Perkhidmatan Kandungan Laman adalah hak milik Cornerstone, pengguna atau pemberi lesennya, dengan hak cipta terpelihara. Perkhidmatan mahupun mana-mana Kandungan Laman tidak boleh diubah suai, disalin, diedar, dikeluarkan semula, diterbitkan semula, dimuat turun, dipaparkan, dipos, disebar atau dijual dalam apa jua bentuk atau dengan apa jua cara, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis Cornerstone terlebih dahulu.
Cornerstone memberi anda lesen terhad untuk mengakses dan mana-mana bahagian Kandungan Laman yang anda telah mendapat akses dengan betul, semata-mata untuk penggunaan peribadi anda, dan dengan syarat anda memastikan semua notis hak cipta atau proprietari lain kekal utuh. Lesen sedemikian tertakluk kepada Terma Penggunaan ini dan tidak termasuk penggunaan sebarang perlombongan data, robot atau kaedah pengumpulan data atau pengekstrakan yang serupa.
Hak anda untuk menggunakan Kandungan Pihak Ketiga ditentukan oleh Terma Lesen Pihak Ketiga berkenaan yang diwujudkan oleh Pihak Ketiga tersebut dari semasa ke semasa.
Sebarang penggunaan Perkhidmatan atau Kandungan Laman selain daripada yang dibenarkan secara khusus di sini, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Cornerstone atau Pihak Ketiga berkenaan, mengikut keadaan, adalah dilarang sama sekali dan akan menamatkan lesen yang diberikan di sini. Penggunaan tidak dibenarkan sedemikian mungkin turut mencabuli undang-undang yang terpakai tidak terbatas kepada undang-undang hak cipta dan tanda dagangan. Kecuali dinyatakan secara jelas di sini, tiada suatupun di dalam Terma Penggunaan ini akan dianggap sebagai pemberian lesen kepada hak harta intelek, sama ada melalui estopel, implikasi atau sebaliknya. Lesen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis dan dengan atau tanpa sebab.
Dari semasa ke semasa, Cornerstone boleh menawarkan kempen masa terhad kepada klien Cornerstone yang khusus dan syarikat lain atau pengguna individu untuk menyertai latihan dalam talian percuma (“Acara Pembelajaran Digital”). Kursus ini akan dipilih oleh Cornerstone dan disertakan dengan subset katalog kursus Cornerstone daripada pelbagai penerbit kursus. Terma tambahan berikut diterapkan kepada Acara Pembelajaran Digital yang anda sertai:
- Cornerstone mengumpul data yang anda masukkan pada borang pendaftaran tidak terbatas kepada nama, alamat e-mel and gelaran pekerjaan anda. Di samping itu, kami mengumpul maklumat mengenai kursus yang anda mulakan dan/atau lengkapkan serta sebarang maklumat transkrip yang berkaitan seperti pensijilan atau keputusan ujian anda.
- Cornerstone boleh berkongsi maklumat yang dikumpul dengan majikan anda seperti penyertaan kursus supaya mereka boleh mengetahui jenis kursus yang diminati oleh pekerja mereka.
- Maklumat yang dikumpul juga akan digunakan oleh Cornerstone untuk menilai Acara Pembelajaran Dihital dan mengetahui kursus yang hendak ditawarkan dalam Acara Pembelajaran Digital akan datang. Maklumat yang digunakan akan diagregatkan, data tanpa nama yang juga boleh digunakan untuk memberikan tanda aras kepada kurusu yang diambil oleh industri tertentu atau pasaran tempatan.
- Cornerstone akan mengekalkan log masuk dan transkrip anda supaya anda boleh meneruskan perkembangan kursus anda dalam Acara Pembelajaran Digital akan datang, jika ditawarkan.
Cornerstone akan mengekalkan maklumat itu bagi tempoh lima (5) tahun kecuali, di mana berkenaan, anda secara khusus memilih keluar daripada program Acara Pembelajaran Digital dengan menghantar e-mel ke onlinelearninghelp@csod.com.
4. TANDA DAGANGAN
“Cornerstone,” “Cornerstone OnDemand, dan grafik, logo, reka bentuk, pengepala halaman, ikon butang, skrip dan nama perkhidmatan Cornerstone lain adalah tanda dagangan berdaftar, tanda dagangan atau kemasan dagangan Cornerstone. Tanda dagangan dan kemasan dagangan yang digunakan oleh Pihak Ketiga berkaitan penjualan atau lesen barangan atau perkhidmatan mereka pada Perkhidmatan adalah hak milik pemilik berkenaan.
Tanda dagangan dan kemasan dagangan sedemikian tidak boleh digunakan, termasuk sebagai sebahagian daripada tanda dagangam dan/atau sebagai sebahagian daripada nama domain, berhubung mana-mana produk atau perkhidmatan dalam apa jua cara yang berkemungkinan menyebabkan kekeliruan dan tidak boleh disalin, ditiru atau digunakan, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pemilik berkenaan.
5. KANDUNGAN PENGGUNA
Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua Kandungan Pengguna. Anda faham dan bersetuju bahawa Cornerstone boleh, tetapi tidak wajib untuk menyemak, memadam, dan/atau mengalih keluar Kandungan Pengguna (tanpa notis) mengikut budi bicaranya sendiri, bagi sebarang sebab atau tiada sebab, termasuk tanpa had Kandungan Pengguna yang, dalam setiap keadaan mengikut pertimbangan Cornerstone sendiri, mencabuli Terma Penggunaan ini, mungkin menyakitkan hati, menyalahi undang-undang, atau mungkin mencabuli hak, membahayakan atau mengancam keselamatan pengguna atau orang lain.
Anda bersetuju tidak akan:
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan Pengguna yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengancam, kesat, mengganggu, berbelit-belit, fitnah, kasar, lucah, menghasut, menceroboh privasi orang lain, membenci, atau sebaliknya tidak menyenangkan dari segi bangsa atau etnik;
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan Pengguna yang anda tidak buat atau tidak mempunyai kebenaran untuk mengepos, menghantar, menjual atau berkongsi;
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan Pengguna (i) yang mencabuli mana-mana undang-undang atau peraturan persekutuan, wilayah, asing atau tempatan, (ii) yang mana anda tidak mempunyai kuasa dan autoriti penuh untuk mengedar, termasuk semua lesen dan kebenaran yang diperlukan, atau (iii) yang Cornerstone tentukan, mengikut budi bicaranya sendiri, tidak sesuai untuk diedarkan menerusi Perkhidmatan;
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan apa-apa Kandungan Pengguna yang melanggar sebarang paten, tanda dagangan, rahsia perdagangan, hak cipta, hak privasi atau publisiti, atau hak proprietari lain bagi mana-mana pihak; dan
- membentuk pengepala atau sebaliknya memanipulasi pengecam bagi menyembunyikan asal-usul mana-mana Kandungan Pengguna.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya, ke atas kos dan perbelanjaan anda sendiri, untuk membuat salinan sandar dan menggantikan apa-apa Kandungan Pengguna yang anda pos atau simpan pada Perkhidmatan atau sediakan kepada Cornerstone. Apabila mengepos Kandungan Pengguna pada Perkhidmatan, maka anda memberi kuasa dan mengarahkan kami membuat salinan yang kami anggap perlu bagi memudahkan Kandungan Pengguna dipos dan disimpan pada Perkhidmatan.
6. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN
Anda bersetuju bahawa dengan menggunakan dan/atau mengakses Perkhidmatan, anda tidak akan
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan “spam” atau e-mel komersial tanpa diminta. Ini termasuk, tidak terbatas kepada pemasaran, pengiklanan tidak beretika atau apa-apa amalan lain yang dalam apa juga cara berkaitan dengan “spam”, seperti (i) menghantar e-mel pukal kepada penerima yang tidak meminta e-mel daripada anda atau dengan alamat kembali yang palsu, (ii) mempromosikan laman yang mempunyai pautan, tajuk, penerangan tidak sesuai atau (iii) mempromosikan laman anda dengan mengepos berbilang serahan dalam forum awam yang serupa;
- mengguna atau melancarkan sebarang sistem automatik, tidak terbatas kepada "robot", "lelabah", "pembaca luar talian" dll., yang mengakses Perkhidmatan dengan cara menghantar lebih banyak mesej permintaan kepada pelayan Perkhidmatan daripada yang boleh dilakukan secara munasabah oleh manusia dalam tempoh masa yang sama menggunakan pelayar web dalam talian konvensional;
- mengepos, menghantar, menjual, berkongsi atau sebaliknya menyediakan apa-apa bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau aturcara yang direka untuk mengganggu, memusnahkan atau mengehadkan kefungsian mana-mana perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi;
- mengganggu atau menggendalakan Perkhidmatan atau pelayan atau rangkaian yang disambungkan kepada Perkhidmatan, atau mengingkari sebarang keperluan, prosedur, dasar atau peraturan rangkaian yang disambungkan kepada Perkhidmatan;
- membahayakan, menghendap, mengganggu atau sebaliknya mencabuli hak orang lain dengan apa jua cara semasa anda menggunakan Perkhidmatan;
- menyamar sebagai orang atau entiti lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pegawai Cornerstone, pemimpin forum, pembimbing atau hos, atau menyatakan secara salah atau sebaliknya memberi gambaran yang salah tentang hubungan anda dengan seseorang atau entiti;
- mencabuli mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa yang berkaitan dengan sengaja atau tidak sengaja;
- mempromosikan atau memberikan maklumat pengajaran mengenai aktiviti yang menyalahi undang-undang, menggalakkan bahaya atau kecederaan fizikal terhadap mana-mana kumpulan atau individu, atau menggalakkan sebarang tindakan kejam terhadap haiwan;
- melebihi skop mana-mana perkhidmatan atau produk Cornerstone yang anda telah daftar; contohnya, dengan mengakses dan menggunakan alat yang anda tidak berhak gunakan, atau memadam, menambah atau sebaliknya mengubah komen atau kandungan orang lain; dan
- mengumpulkan atau mengutip sebarang maklumat pengecam diri, termasuk nama akaun, daripada Perkhidmatan.
Anda memahami bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mungkin terdedah kepada Kandungan yang anda anggap menyakitkan hati, lucah atau tidak menyenangkan. Anda mengakui bahawa Cornerstone tidak menapis lebih awal Kandungan Pengguna atau Kandungan Pihak Ketiga. Anda bersetuju bahawa anda mesti menilai, dan menanggung semua risiko berkaitan dengan, penggunaan Kandungan Pihak Ketiga atau Kandungan Laman, termasuk sebarang kebergantungan terhadap ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan Kandungan tersebut.
7. DASAR HARTA INTELEK
Cornerstone menghormati hak harta intelek dan hak-hak orang lain, dan kami meminta anda melakukan perkara yang sama. Anda dilarang daripada memuat naik, mengepos atau sebaliknya menghantar apa-apa Kandungan pada atau menerusi Perkhidmatan yang mencabuli hak harta intelek pihak lain dan lain-lain hak mereka. Cornerstone tidak bertanggungjawab ke atas tingkah laku penggunanya dan tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti terhadap Kandungan Pengguna atau kerugian mahupun kerosakannya.
Memang menjadi dasar Cornerstone, dalam keadaan yang sesuai dan menurut budi bicaranya, untuk menyahdaya dan/atau menamatkan akaun pengguna yang mungkin melanggar atau secara berulang melanggar hak cipta atau hak harta intelek lain Cornerstone dan/atau orang lain.
8. AKTA HAK CIPTA MILENIUM DIGITAL
Jika anda percaya bahawa karya hak cipta anda telah disalin dengan cara yang mencetuskan pelanggaran hak cipta dan boleh diakses melalui Perkhidmatan, sila maklumkan ejen hak cipta Cornerstone, sebagaimana dinyatakan di dalam Akta Hak Cipta Milenium Digital 1998 (“DMCA”). Untuk menjadikan aduan anda sah di bawah DMCA, anda mesti berikan maklumat berikut secara bertulis:
- Tandatangan elektronik atau fizikal orang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta;
- Pengenalan karya hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar;
- Pengenalan tentang bahan yang didakwa telah dilanggar dan lokasinya pada Perkhidmatan;
- Maklumat yang secara munasabahnya cukup untuk membenarkan Cornerstone menghubungi anda, seperti alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
- Kenyataan yang anda secara jujur percaya bahawa penggunaan bahan dalam hal yang diadukan tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya atau undang-undang; dan
- Kenyataan, yang dibuat di bawah penalti sumpah palsu, bahawa maklumat di atas adalah tepat dan anda merupakan pemilik hak cipta atau diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.
Maklumat di atas mesti diserahkan kepada Ejen DMCA yang berikut:
Untuk perhatian: Notis DMCA
Cornerstone OnDemand, Inc.
Alamat: 1601 Cloverfield Blvd., Suite 600 South
Santa Monica CA 90404
Telefon: (310) 752-0200
Faks: (310) 496-1654
DI BAWAH UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN, JIKA ANDA SENGAJA MEMBERI GAMBARAN YANG SALAH BAHAWA BAHAN DALAM TALIAN TELAH MELAKUKAN PELANGGARAN, ANDA BOLEH DIKENAKAN DAKWAAN JENAYAH BAGI SUMPAH PALSU DAN PENALTI SIVIL, TERMASUK GANTI RUGI KEWANGAN, KOS MAHKAMAH DAN YURAN PEGUAM.
Keperluan sebelum ini bertujuan untuk mematuhi hak dan kewajipan Cornerstone di bawah DMCA, termasuk 17 U.S.C. §512(c), tetapi tidak dijadikan nasihat perundangan. Sila ambil perhatian bahawa prosedur ini adalah eksklusif untuk memaklumkan Cornerstone dan gabungannya bahawa bahan hak cipta anda telah dilanggar. Anda dinasihatkan untuk menghubungi peguam mengenai hak dan kewajipan anda di bawah DCMA dan undang-undang lain yang berkenaan.
Menurut DMCA dan undang-undang lain yang berkenaan, Cornerstone telah mengguna pakai dasar untuk menamatkan, dalam keadaan yang sesuai dan menurut budi bicara Cornerstone sendiri, ahli yang dianggap sebagai pelanggar peraturan berulang. Cornerstone juga boleh, menurut budi bicaranya, mengehadkan akses kepada Perkhidmatan dan/atau menamatkan akaun mana-mana pengguna yang melanggar sebarang hak harta intelek orang lain, sama ada pelanggaran berulang itu ataupun tidak.
9. CORNERSTONE MARKETPLACE
Cornerstone boleh dari semasa ke semasa menawarkan barangan dan perkhidmatan menerusi Perkhidmatan, dan boleh menawarkan kepada anda atau Pihak Ketiga lain keupayaan untuk menawarkan dan/atau membeli barangan dan perkhidmatan untuk dijual kepada dan/atau daripada Pihak Ketiga menerusi Perkhidmatan (“Transaksi Pihak Ketiga”). Semua transaksi yang dilakukan berhubung aspek Perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada dan ditentukan oleh garis panduan sedemikian sebagaimana dipos oleh Cornerstone dari semasa ke semasa (“Garis Panduan”), serta Terma Penggunaan ini. Garis Panduan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal pada bila-bila masa, mengikut budi bicara Cornerstone, anda harus meneliti Garis Panduan sebelum setiap Transaksi Pihak Ketiga.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya bagi interaksi anda dengan pengguna Perkhidmatan yang lain. Semua pihak kepada Transaksi Pihak Ketiga adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua interaksi antara satu sama lain, bagi menyusun pembayaran dan pertukaran barangan atau perkhidmatan yang dibeli jika berkenaan, dan bagi keputusan dan prestasi mana-mana transaksi atau hubungan yang dibentuk dengan Pihak Ketiga menerusi Perkhidmatan. Pembelian produk atau perkhidmatan daripada Pihak Ketiga menerusi Cornerstone tertakluk kepada terma jualan Pihak Ketiga tersebut, kerana transaksi itu terhad di antara anda dengan pihak lain yang membuat transaksi.
Anda mengaku bahawa Cornerstone, dan subsidiari, gabungan, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, pemberi lesen, pembekal, penjenama bersamanya atau rakan kongsi lain, pekerja, pengganti, dan orang yang dilantik (“Pihak Cornerstone”) tidak bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang tindakan atau tiada tindakan daripada mana-mana Pihak Ketiga yang membuat transaksi, bagi sebarang kegagalan untuk melaksanakan, membayar sebarang amaun yang perlu dibayar, atau menyerahkan barangan atau perkhidmatan seperti dijanjikan, atau bagi sebarang aspek lain pada Transaksi Pihak Ketiga. Keupayaan untuk menjalankan Transaksi Pihak Ketiga atau sebaliknya berurusan dengan Pihak Ketiga menerusi Perkhidmatan disediakan oleh Cornerstone “seperti adanya” dan sebarang transaksi dan urusan sedemikian adalah atas risiko anda sendiri. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mewujudkan Terma Lesen Pihak Ketiga bagi mana-mana Kandungan Pengguna yang disediakan oleh anda kepada Perkhidmatan, dan Cornerstone tidak mempunyai tanggungjawab atau liabiliti bagi sebarang pelanggaran Terma Lesen Pihak Ketiga oleh Pihak Ketiga, maka dengan itu anda bertanggungjawab sepenuhnya.
10. YURAN
Cornerstone mungkin mengenakan yuran dari semasa ke semasa bagi penggunaan Perkhidmatan. Yuran kami, jika ada, adalah tersedia pada Perkhidmatan. Kecuali dinyatakan sebaliknya, yuran kami disebut dalam dolar AS. Anda dan/atau organisasi anda bertanggungjawab untuk membayar semua yuran berkaitan penggunaan Perkhidmatan menerusi akaun anda, dan bagi semua cukai yang berkenaan.
Di samping itu, Pihak Ketiga boleh mengenakan yuran bagi Kandungan Pihak Ketiga yang mereka sediakan menerusi Perkhidmatan. Yuran dan harga yang dikenakan oleh Pihak Ketiga tersedia dalam senarai mereka di tempat pasaran kami. Cukai dan caj kerajaan yang tertentu mungkin perlu dibayar berkaitan pembelian yang anda lakukan daripada Pihak Ketiga menerusi Perkhidmatan. Cornerstone tidak bertanggungjawab bagi sebarang transaksi antara anda dan Pihak Ketiga tersebut, dan akibatnya kami tidak mempunyai kawalan ke atas kualiti, keselamatan dan kesahan item atau perkhidmatan yang diiklankan, kebenaran atau ketepatan mana-mana penerangan, atau keupayaan penjual untuk menjual atau pembeli untuk membayar. Kami tidak mengambil sebarang tanggungjawab bagi cukai dan caj kerajaan sedemikian.
11. PENGGUNAAN ANTARABANGSA
Mengiktiraf sifat global Internet, anda bersetuju untuk mematuhi semua peraturan tempatan mengenai tingkah laku dalam talian dan kandungan yang boleh diterima. Secara khusus, anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang yang terpakai mengenai penyebaran data teknikal di negara ini, bidang kuasa, negeri dan kawasan di mana anda menetap. Cornerstone tidak memberi gambaran bahawa Perkhidmatan ini sesuai atau sedia digunakan di lokasi anda. Akses ke Perkhidmatan dari bidang kuasa anda adalah atas risiko sendiri, dan anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan.
12. PAUTAN
Kami boleh menyediakan, atau pihak ketiga boleh menyediakan, pautan ke laman atau sumber web seluruh dunia yang lain. Oleh kerana Cornerstone tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber sedemikian, anda mengaku dan bersetuju bahawa Cornerstone tidak bertanggungjawab terhadap ketersediaan laman dan sumber luar seumpamanya, dan tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kandungan; pengiklanan, produk atau bahan lain atau tersedia dari laman atau sumber sedemikian. Anda selanjutnya mengaku dan bersetuju bahawa Cornerstone tidak akan bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan, secara langsung atau tidak langsung, bagi sebarang kerosakan atau kerugian disebabkan atau berkemungkinan disebabkan oleh atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan pada sebarang kandungan tersebut, barangan atau perkhidmatan yang tersedia pada atau menerusi laman atau sumber sedemikian.
13. INDEMNITI DAN PELEPASAN
Anda bersetuju untuk mempertahankan, menanggung kerugian dan melepaskan Cornerstone dan subsidiari, ejen, pengurus dan syarikat gabungannya yang lain, serta pekerja, kontraktor, ejen, pegawai dan pengarah mereka daripada dan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, kerosakan, kewajipan, kerugian, liabiliti, kos atau hutang dan perbelanjaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguam) yang timbul daripada: (i) penggunaan dan akses kepada Perkhidmatan oleh anda; (ii) pencabulan mana-mana Terma Penggunaan ini oleh anda, tidak terbatas kepada pelanggaran mana-mana perwakilan dan waranti di atas oleh anda; (iii) pencabulan mana-mana hak pihak ketiga oleh anda, tidak terbatas kepada mana-mana hak privasi, hak publisiti atau hak harta intelek; (iv) pencabulan mana-mana undang-undang, kaedah atau peraturan Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain oleh anda; (v) sebarang tuntutan atau kerosakan yang timbul akibat mana-mana Kandungan Pengguna anda; (vi) akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh mana-mana pihak lain menggunakan nama pengguna unik, kata laluan atau kod sekuriti lain anda yang sesuai; dan (vii) sebarang pertikaian antara anda dengan seorang atau lebih pengguna kami atau mana-mana Pihak Ketiga yang menyediakan barangan dan perkhidmatan menerusi Perkhidmatan.
14. PENAFIAN
ANDA SECARA JELAS MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA:
- PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH ANDA ADALAH DI ATAS RISIKO SENDIRI. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN BERDASARKAN “SEPERTI ADANYA” DAN “SEPERTI TERSEDIA”. CORNERSTONE, DAN PEGAWAI, PENGARAH, PEKERJA, GABUNGAN DAN EJENNYA SECARA JELAS MENAFIKAN SEMUA BENTUK WARANTI, SAMA ADA TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI KEBOLEHPASARAN YANG TERSIRAT, KESESUAIAN BAGI SESUATU TUJUAN TERTENTU, PRESTASI DAN KETIDAKLANGGARAN, ATAU MENGENAI KETERSEDIAAN ATAU HASIL. CORNERSTONE TIDAK MENJAMIN BAHAWA (I) CORNERSTONE AKAN MEMENUHI KEPERLUAN KHUSUS ANDA, (II) PERKHIDMATAN TIDAK AKAN TERGANGGU, MENEPATI MASA, SELAMAT, ATAU BEBAS RALAT, (III) HASIL YANG MUNGIN DIPEROLEH DARIPADA PENGGUNAAN PERKHIDMATAN AKAN TEPAT ATAU BOLEH DIPERCAYAI, (IV) KUALITI MANA-MANA PRODUK, PERKHIDMATAN, MAKLUMAT ATAU BAHAN LAIN YANG DIBELI ATAU DIPEROLEH OLEH ANDA MENERUSI CORNERSTONE AKAN MEMENUHI JANGKAAN ANDA, DAN (V) SEBARANG RALAT DI DALAM PERKHIDMATAN AKAN DIBETULKAN. CORNERSTONE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAU BOLEH DIPERTANGGUNGJAWABKAN DALAM APA JUA CARA BAGI SEBARANG KANDUNGAN PENGGUNA ATAU KANDUNGAN PIHAK KETIGA. APA-APA BAHAN YANG DIMUAT TURUN ATAU SEBALIKNYA DIPEROLEH MENERUSI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DIAKSES MENURUT BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI, DAN ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA BAGI DAN DENGAN INI MENGETEPIKAN SEBARANG DAN SEMUA TUNTUTAN, KUASA TINDAKAN, SERTA KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN BAHAN SEDEMIKIAN. CORNERSTONE TIDAK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG RALAT, PENGABAIAN, GANGGUAN, PEMADAMAN, KECACATAN, KELEWATAN DALAM OPERASI ATAU PENYEBARAN, KEGAGALAN TALIAN KOMUNIKASI, KECURIAN ATAU KEMUSNAHAN ATAU AKSES TIDAK DIBENARKAN KEPADA, ATAU PEMINDAAN, KOMUNIKASI PENGGUNA. CORNERSTONE TIDAK BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG PINCANG TUGAS TEKNIKAL ATAU MASALAH LAIN BAGI MANA-MANA RANGKAIAN ATAU PERKHIDMATAN TELEFON, SISTEM KOMPUTER, PELAYAN ATAU PENYEDIA, PERALATAN KOMPUTER ATAU TELEFON MUDAH ALIH, PERISIAN, KEGAGALAN E-MEL ATAU PEMAIN PADA AKAUN AKIBAT MASALAH TEKNIKAL ATAU KESESAKAN TRAFIK PADA INTERNET ATAU MANA-MANA LAMAN MAHUPUN KOMBINASINYA, TERMASUK KECEDERAAN ATAU KEROSAKAN PADA MANA-MANA KOMPUTER, TELEFON MUDAH ALIH, ATAUPUN PERKAKASAN ATAU PERISIAN LAIN PENGGUNA ATAU ORANG LAIN, BERKAITAN ATAU AKIBAT PENGGUNAAN ATAU MEMUAT TURUN BAHAN YANG BERKAITAN DENGAN WEB DAN/ATAU PERKHIDMATAN.
- DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN, CORNERSTONE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN, TERMASUK SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN PADA MANA-MANA KANDUNGAN PENGGUNA ATAU KECEDERAAN PERIBADI ATAU KEMATIAN, AKIBAT PENGGUNAAN PERKHIDMATAN OLEH SESIAPA SAHAJA, APA-APA KANDUNGAN PENGGUNA YANG DISIAR PADA ATAU MENERUSI PERKHIDMATAN, ATAU MANA-MANA INTERAKSI ANTARA PENGGUNA PERKHIDMATAN, SAMA ADA DALAM TALIAN ATAU LUAR TALIAN. ANDA MENGEPOS KANDUNGAN PENGGUNA PADA PERKHIDMATAN ATAS RISIKO SENDIRI.
- APA-APA KANDUNGAN YANG DIMUAT TURUN ATAU SEBALIKNYA DIPEROLEH MENERUSI PENGGUNAAN PERKHIDMATAN DILAKUKAN MENURUT BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI DAN, ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA BAGI SEBARANG KEROSAKAN PADA SISTEM KOMPUTER ANDA ATAU KEHILANGAN DATA AKIBAT MEMUAT TURUN SEBARANG BAHAN SEDEMIKIAN..
- TIADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT, SAMA ADA LISAN ATAU BERTULIS, YANG DIPEROLEH MENERUSI ATAU DARIPADA CORNERSTONE AKAN MEWUJUDKAN SEBARANG WARANTI YANG DINYATAKAN SECARA JELAS DALAM TERMA PENGGUNAAN INI.
- CORNERSTONE BERHAK UNTUK MENGUBAH APA-APA DAN SEMUA KANDUNGAN LAMAN, PERISIAN DAN ITEM LAIN YANG DIGUNAKAN ATAU TERKANDUNG DALAM ATAU PADA PERKHIDMATAN DAN MANA-MANA PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN MENERUSI PERKHIDMATAN PADA BILA-BILA MASA TANPA NOTIS.
- RUJUKAN KEPADA MANA-MANA PRODUK, PERKHIDMATAN, PROSES ATAU MAKLUMAT LAIN, MENGIKUT NAMA DAGANGAN, TANDA DAGANGAN, PENGELUAR, PEMBEKAL ATAU SEBALIKNYA TIDAK MELAMBANGKAN ATAU MEMBAYANGKAN SOKONGAN, PENAJAAN ATAU PENGESYORANNYA, ATAU MANA-MANA GABUNGAN SELEPAS ITU, OLEH CORNERSTONE.
15. BATASAN LIABILITI
DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN CORNERSTONE, PEGAWAI, PENGARAH, PEKERJA, ATAU EJEN TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN OLEH ANDA BAGI MANA-MANA KERUGIAN LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS, PUNITIF ATAU SETERUSNYA WALAU APAPUN YANG DIAKIBATKAN DARIPADA SEBARANG (I) RALAT, KESILAPAN, ATAU KETIDAKTEPATAN KANDUNGAN, (II) KECEDERAAN PERIBADI ATAU KEROSAKAN HARTA, DALAM SIFAT APA SEKALIPUN, AKIBAT MENGAKSES DAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI, (III) SEBARANG AKSES YANG TIDAK DIBENARKAN ATAU PENGGUNAAN PELAYAN SELAMAT KAMI DAN/ATAU APA-APA DAN SEMUA MAKLUMAT PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT KEWANGAN YANG DISIMPAN DI SINI, (IV) SEBARANG GANGGUAN ATAU PEMBERHENTIAN TRANSMISI KEPADA ATAU DARIPADA PERKHIDMATAN KAMI, (IV) SEBARANG PEPIJAT, VIRUS, KUDA TROJAN, ATAU SEUMPAMANYA, YANG BOLEH DIHANTAR KE ATAU MELALUI PERKHIDMATAN KAMI OLEH MANA-MANA PIHAK KETIGA, DAN/ATAU (V) SEBARANG RALAT ATAU PENINGGALAN DALAM MANA-MANA KANDUNGAN ATAU BAGI SEBARANG BENTUK KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG DITANGGUNG AKIBAT PENGGUNAAN MANA-MANA KANDUNGAN YANG DISIARKAN, DI-E-MELKAN, DIHANTAR, ATAU SEBALIKNYA DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN, SAMA ADA BERDASARKAN WARANTI, KONTRAK, TORT, ATAU MANA-MANA TEORI PERUNDANGAN LAIN, DAN SAMA ADA SYARIKAT TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTI RUGI ITU ATAUPUN TIDAK. WALAUPUN TERDAPAT SESUATU YANG BERTENTANGAN, DI SINI, LIABILITI AGREGAT MAKSIMUM CORNERSTONE KEPADA ANDA ATAS SEBAB APA SEKALIPUN, DAN WALAU APAPUN BENTUK TINDAKANNYA, AKAN SENTIASA TERHAD KEPADA JUMLAH YANG LEBIH RENDAH DARIPADA: (i) AMAUN YANG DIBAYAR, JIKA ADA, OLEH ANDA KEPADA CORNERSTONE UNTUK PERKHIDMATAN DALAM TEMPOH DUA BELAS BULAN SEBELUM TARIKH TUNTUTAN ITU TIMBUL; ATAU (ii) JUMLAH SEBANYAK SATU RIBU DOLAR ($1,000). KEWUJUDAN LEBIH DARIPADA SATU TUNTUTAN TIDAK AKAN MENGEMBANGKAN HAD SEDEMIKIAN. ANDA MENGAKU BAHAWA JIKA TIADA YURAN DIBAYAR KEPADA CORNERSTONE UNTUK PERKHIDMATAN, ANDA AKAN DIHADKAN KEPADA RELIF INJUNKTIF SAHAJA, KECUALI DIBENARKAN SEBALIKNYA OLEH UNDANG-UNDANG, DAN TIDAK AKAN LAYAK MENDAPAT SEBARANG BENTUK GANTI RUGI DARIPADA PIHAK CORNERSTONE, WALAU APAPUN PENYEBAB TINDAKANNYA. BATASAN LIABILITI DI ATAS AKAN DIGUNA PAKAI SEPENUHNYA SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DALAM BIDANG KUASA BERKENAAN.
ANDA SECARA KHUSUS MENGAKU BAHAWA CORNERSTONE TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN BAGI KANDUNGAN ATAU TINGKAH LAKU BERUNSUR FITNAH, MENYAKITKAN HATI ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG OLEH MANA-MANA PIHAK KETIGA DAN SELURUH RISIKO MUDARAT ATAU KEROSAKAN YANG DISEBUT DI ATAS TERLETAK KEPADA ANDA.
16. NOTIS
Anda mengaku bahawa Cornerstone boleh mewujudkan amalan umum dan had tambahan berkenaan penggunaan Perkhidmatan. Notis akan diberikan kepada anda melalui e-mel atau pengeposan di laman web. Cornerstone juga boleh menyediakan notis perubahan kepada Terma Penggunaan atau perkara lain dengan memaparkan notis atau pautan notis kepada anda secara umum di Cornerstone. Anda bersetuju bahawa semua komunikasi yang kami sediakan kepada anda memenuhi sebarang keperluan perundangan secara elektronik, komunikasi tersebut dibuat secara bertulis atau dihantar dengan cara tertentu. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat hubungan akaun anda adalah yang terkini.
17. AM
Kontraktor Bebas. Anda dan Cornerstone merupakan kontraktor bebas, dan Terma Penggunaan ini tidak berhasrat atau ingin mewujudkan agensi, kerjasama, usaha sama, hubungan pekerja-majikan atau pemberi francais-penerima francais.
Seluruh Perjanjian. Terma Penggunaan, maklumat yang disediakan kepada anda dan oleh anda semasa proses pendaftaran dan semasa menaik taraf/menurun taraf akaun anda, dan apa-apa dokumen yang digabungkan sebagai rujukan ke dalam Terma Penggunaan ini, membentuk seluruh perjanjian di antara anda dan Cornerstone dan menentukan cara anda menggunakan Perkhidmatan, mengatasi mana-mana perjanjian terdahulu di antara anda dan Cornerstone (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang versi Terma Penggunaan ini yang terdahulu). Anda juga mungkin tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang boleh dikenakan apabila menggunakan perkhidmatan Cornerstone yang lain, Kandungan Pihak Ketiga, perisian pihak ketiga atau perkhidmatan pihak ketiga yang ditawarkan menerusi Perkhidmatan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Terma Penggunaan ini dan sesuatu Perjanjian, terma Perjanjian akan mengatasi.
Pilihan Undang-undang dan Forum. Terma Penggunaan ini akan ditentukan dan ditafsir selaras dengan: (i) undang-undang Negeri California dan undang-undang persekutuan Amerika Syarikat jika anda berada di Amerika Utara atau Selatan, tanpa mengambil kira percanggahan terhadap prinsip undang-undang; atau (ii) undang-undang England dan Wales jika anda tidak berada di Amerika Utara atau Selatan. Anda selanjutnya bersetuju bahawa sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding guaman yang timbul, terhadap, Terma Penggunaan ini atau sebarang pertimbangan yang dibuat terhadapnya oleh mana-mana mahkamah hendaklah dibawa secara eksklusif di: (i) mahkamah negeri atau persekutuan Negeri California yang bertempat di Daerah Los Angeles jika anda berada di Amerika Utara atau Selatan; atau (ii) mahkamah England atau Wales jika anda tidak berada di Amerika Utara atau Selatan, dan dengan ini anda secara muktamad menerima bidang kuasa peribadi yang eksklusif dan bangunan mahkamah itu bagi tujuan membuat sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding guaman.
Penepian dan Kebolehasingan Terma. Kegagalan Cornerstone melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan Perjanjian tidak akan mengenepikan hak atau peruntukan sedemikian. Jika mana-mana peruntukan Terma Penggunaan atau dokumen gabungan didapati tidak sah oleh mahkamah bidang kuasa yang kompeten, namun semua pihak bersetuju bahawa mahkamah harus berusaha untuk menunaikan hasrat sebagaimana digambarkan dalam peruntukan, maka peruntukan lain Terma Penggnaan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.
Statut Pembatasan. Anda bersetuju bahawa walaupun terdapat mana-mana statut atau undang-undang yang bertentangan, sebarang tuntutan atau sebab tindakan yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan atau Terma Penggunaan mesti diisi dalam tempoh satu (1) tahun selepas tuntutan sedemikian atau sebab tindakan timbul atau disekat selama-lamanya.
Tajuk. Tajuk seksyen di dalam Terma Penggunaan adalah untuk kemudahan sahaja dan tiada sebarang kesan terhadap undang-undang atau kontrak.
Force Majeure. Cornerstone tidak akan bertanggungjawab kepada anda akibat sebarang penangguhan atau kemungkiran menunaikan kewajipannya yang di bawah ini yang perlu diberikan secara keseluruhan atau sebahagian kepada sesuatu acara yang di luar kawalan Cornerstone.
Kebolehserahan. Anda tidak boleh menyerahkan hak dan kewajipan anda di bawah terma ini tanpa keizinan bertulis Cornerstone terlebih dahulu. Jika keizinan diberikan, Terma Penggunaan ini akan mengikat pengganti dan orang yang anda lantik. Sebarang cubaan oleh anda untuk memindahkan hak, tugas atau kewajipan di bawah Terma Penggunaan ini melainkan tertera secara jelas dalam Terma Penggunaan ini terbatal. Cornerstone boleh secara bebas menyerahkan hak, tugas atau kewajipannya di bawah Terma Penggunaan ini.
Bahasa. Cornerstone boleh menyediakan terjemahan kepada terma ini ataupun terma atau dasar lain. Terjemahan disediakan bagi tujuan memberi maklumat. Jika terdapat ketakseragaman atau percanggahan di antara terjemahan dengan versi B. Inggeris, versi B. Inggeris akan mengawal.
18. PENCABULAN
Sila laporkan sebarang pencabulan terhadap Perjanjian kepada:
Cornerstone OnDemand
1601 Cloverfield Blvd., Suite 620S
Santa Monica, CA 90404
United State of America
Untuk perhatian: Penasihat Undang-undang
Hak cipta 2020 Cornerstone OnDemand, Inc. Hak cipta terpelihara.